Pages

Thursday, 7 March 2013

A Dream Came True

Assalamualaikum~~~

Ok . Cerita kali berdasarkan tajuk di atas . Haha . It is about a dream came true . To be honest, as a daughter of my parent *ofcoz* aku slalu rasa apa yg aku mw aku akan dpt . Tp kadang aku prtimbangkan lh jga . Tgk parent aku mampu or x . Klw aku rasa dorg xmampu aku diam kn jak xmw ssh kn dorg lbh2 . Hahaha . Tp klw aku rasa dorg mampu habislh sbb aku mnta habis2an *smpai dapat* . Sorry mamy n babah . Lily blm keja lg kn . Huhu . Buat masa nie mmg lh menyusahkn . Tp insyallah . Jasamu akan dibalas . Thank you !! Mmg parent paling awesome to me . :33

Hurmmm . Ok, back to my point~

Before my dream come (beberapa hari yang lalu)~~
~i was hoping to have a kitten so so so badly and since mamy dont really like cat sbb ssh mw jga . Aku xbrani luahkan hasrat aku dgn parent aku . Huhu . Sbb mmg tw xkn dpt . :'(( . Berdoa dlm hati jak lh . Xpernah brhenti berdoa sampailah~~~

Pada pagi 4.3.2013 (isnin)
~aku tgh sibuk menyapu d dapur n tba2 aku trdgr bunyi kucing mngiau . Aku heran lh dri mna datangnya bunyi tue . So i decided to check it out . Bka jak pintu dapur tue then aku trnmpak anak kucing yg comot color oren . Hahaha . Sbb kn time tue dia kotor sgt aku curi2 bwk dia msuk rmh n mcm besa kasi mandi . Haha . At first mamy xsuru aku bwk kucing tue masuk . But as my parent knw me . Aku mmg degil aku bwk jak kucing tue masuk . Tgk perangai aku mamy diam jak . Buat2 xlayan *sorry. Haha . Time tue aku brdoa dlm hati mnta Allah lmbut kn hati mamy and alhamdulillah . Kehadiran kucing tue d terima smua . Apa lg adik aku amal . Dia plg excited smpai kmi gaduh pasal pilih nama untuk kucing tue jak . Hahaha . So akhirnya kmi putuskn untuk letak nama kucing tue Kucing and kmi panggil dia Ku . Hihi .

Ok . Its really like a dream come true sbb aku xdatang cari kucing tue tp dia yg dtg p tempat aku . Walaupun sebenarnya aku mw kucing parsi tp Ku pn sdh cukup . walaupun dia xsecomel seperti yg aku inginkan tp dia ada semua ciri2 kucing yg aku ska . Manja, pemalas, kuat tdur n plg pnting d mna ada aku d situ lh dia kecuali klw amal bwk dia main . Haha . Dan alhamdulillah atas berkat kesabaran aku . Hari nie aku dapat 4ekor anak kucing parsi . And still thinking about the sweet name for my new babies meoww .

Moral of the story
~story aku kali nie bkn stakat cerita kedai kopi tw . Tp ada pngajarannya jga . First, Allah s.w.t menjanjikan nikmat yang berganda2 ke atas hambanya bersabar. Jadi bersabarlah kamu . Klw xpecaya tgk lh aku skg . Aku dapat berganda2 tw and skg aku ada 5 ekor anak kucing sedang kn bgi aku seekor pn sdh cukup *rezeki* alhamdulillah . :)) . Second, percayalah bahawa Allah itu maha pengasih lg maha penyayang . Maha adil serta maha mengetahui segala2nya . Allah mendengar doa2 hambanya . Never stop believe in Allah . Insyallah smua yang kita inginkn akan trcapai asalkan kita mempunyai hati yg bersih dan niat yg baik . Bkn mw ckp hati aku nie bersih . Tapi soal hati aku hanya Allah yg tahu . Jadi jan pernah berhenti berdoa tw . Xrugi serious xrugi . Mmg brbaloi luangkn banyak masa untuk Allah . Lastly the third, belajar bersyukur and menerima segala2nya dgn ikhlas . Sesungguhnya Allah amat mngasihi hamba2nya yang bersyukur and rezeki pn murah . Alhamdulillah . :3

Kata2 penghargaan~~~
Alhamdulillah . Thank you Allah, Babah, mamy, umie, my families and friends . Thanks there is no better feeling selain daripada perasaan disayangi dan dikasihi . Lily btl2 rasa d hargai . Thank you . Semoga kehidupan kita diberkati dan dirahmati Allah s.w.t . Salam sayang and salam Jumaat buat semua yg baca blog nie and thank you sbb sudi luangkan masa untuk baca blog lily . Hope kita semua dapat manfaat dri apa yg lily tulis nie k . Percaya lh smua ini benar belaka . :D

Tuesday, 22 January 2013

Kisah Hidupku Setelah Bergelar LEPASAN SPM !!!

Assalamualaikum w.b.t....

Hi !!! its been a very long while i havent write kan kan kan??? alaaaa... if i write pn ada kh org yg sudi bca ??? bahaha . saja tnya...

Okey back to my topic today... hihihi.. actually i've been officially call an ex-SPM candidate since 27 November 2012...alaaa... sorry lh lmbt update pasal bnda nie... mood menulis bkn slalu dtg pn, lagipun aku baru start berjinak-jinak  aktif dlm menulis blog nie kn . im not a good writer pn actually but mmg ada niat mw improve my writing skills. insya-Allah tgh brusaha lh nie..

okok... so i wanna share to my readers about my very long lifelesss holiday...

cuti start jer aku direct pulang ke pangkuan family di sipitang since aku d sanzac pn ddk d asrama kn... hurmmm..  before SPM habis excited gilerr nak cuti merdeka lh konon tp bila dh cuti mula lh aku mngomel sendiri... mmg lifeless habis lh kn sbb aku dduk rmah xbuat pape pn... disebabkan aku x aktif kat rumah so family decide untuk aku hantar aku ke Brunei... aku ulang Brunei,, aku stay d sna pn dgn Pak su aku... mcm2 lh stay sna yg plg menggumbirakn and menyenangkan hati is their foods . smua sedap2 wehh.. ckp jer apa yg aku mw mkn smua blh . hihi . special habis.. blh lh lama aku d brunei dekat seminggu jugak...lama kh tue?? bahaha . biasalh aku nie bkn blh sgt pisah lama2 dgn parents pa lg d tempat yg asing bagi aku kn. that was my first time tw jejak kaki d brunei mmg jakun habess msa d sna. bahaha .... ok lps tue aku dihantar ke pangkuan keluarga semula oleh Pak Su dan sekali lg aku mula mngomel balik..huhu...kesian perent aku dpt ank cegini..hurmmm..tp aku pn mmg ada lh lepak d kk dlm seminggu lebih dgn babah lepas pulang dri brunei... setibanya kepulangan aku dri kk aku dan nenek aku brangkat ke W.P Labuan . lama gila aku kat sna dekat sebulan. bahaha... mcm2 aku buat d labuan but now . here im at sipitang. wahhh . end of journey . terima kasih allah kerana memberi aku peluang untuk merasa menjelajah ke tempat orng . hihi . 

*masa kat brunei tue mmg xsnap photo lh sbb d sna panas gilerrr . =='

ok penat berceloteh . apa lh sgat coretan aku nie kn?? hihi.... pape lh . aku penat sgt skg . Genite all .


XOXO,
L

Monday, 23 January 2012

PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA -- MALAYSIA & PALEMBANG NOV. 2011.

ASSALAMUALAIKUM...
Izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Saya Mas Farazilah Binti Abdullah. Mewakili Kadet polis untuk program pertukaran budaya yang berlangsung pada 24-30 November 2011.
this post is all about PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA. Enjoy it.



Pada 24-30 November 2011, seramai 90 orang pelajar serta beberapa orang guru pengiring dari seluruh negeri telah dihantar bagi program pertukaran budaya di Palembang, Indonesia.

Program ini bertujuan untuk berkongsi budaya dan cara belajar di antara pelajar Malaysia dan pelajar Indonesia. Program ini berlangsung selama empat hari iaitu 26 hingga 29 November 2011.
Sebelum berangkat ke Palembang. Kami telah di tempatkan di Asrma 1 Malaysia selama 3 hari bagi persediaan persembahan seni budaya dan team building.
 




 


Hari terakhir kami berada di Asrma 1 Malaysia sebelum bertolak ke palembang.







semasa di Indonesia,


(Hari Pertama)
Penerbangan ke Palembang, Indonesia mengambil masa selama 1 jam 45 minit, kami tiba di lapangan terbang Sultan Badaruddin II pada jam 7.45 malam (8.45 malam waktu Malaysia)
setalah selesai pemeriksaan kastam, kami dibawa ke restoran atau "rumah makan" untuk menikmati makan malam. Kemudahan pengangkutan kami selama di Palembang memang telah disediakan olah pihak tertentu.

Selesai menikmati jamuan, kami dibawa ke Hotel Grand Duta. Kami menginap di hotel tersebut sepanjang program berlangsung iaitu selama 4 hari.









(Hari Kedua)
selepas selesai bersarapan pagi, kami dibawa singgah di Benteng Kuto Besak oleh Mbak Gusti. Mbak Gusti juga telah membawa kami menaiki bot untuk melawati kawasan Sungai Musi, iaitu sungai yang terpanjang di Palembang berbekalkan panjang kira kira 750km. Selepas itu, kami dibawa pula ke Pulau Kemaro. Pulau Kemaro ini mempunyai ialah sebuah epik dan mempunyai kisahnya yang tersendiri. Epik atau lagenda ini telah menyebabkan tempat ini menjadi terkenal dan dilawati oleh semua pelancong yang datang ke Palembang.

Sesudah itu, para rombongan dibawa pula ke Restoran Sederhana untuk makan tengahari. Memang tidak dapat dinafikan lagi, makanan makanan yang dihidangkan disitu sedap sedap belaka. Tidak rugi rasanya apabila mencuba sesuatu yang lain daripada lain.

Selepas itu, kami dibawa pula untuk menunaikan solat Zohor. disitu, terdapat sebuah kedai songket/batik yang besar sekali. Pelbagai jenis dan corak kain batik/songket dijual disitu. Kain songket juga terdapat dalam bentuk cenderahati seperti keychain, kotak songket, beg tangan dan sebagainya. Justeru, tempat ini sangat sesuai untuk membeli hadiah kenang-kenangan kepada ahli keluarga terutamanya ibu, emak saudara dan nenek.

Selepas itu, kami dibawa membeli belah di Pasar Hilir 16 dan Palembang Square. Kami diingatkan agar berhati-hati ketika membeli belah kerana dibimbangi penyeluk saku. Tetapi alhamdulillah, sepanjang keberadaan kami di situ semuanya selamat. Penduduk di Palembang tidaklah seperti apa yang disangkakan, mereka teramatlah ramah dan prihatin, semuanya baik-baik belaka boleh dikatakan setiap kedai yang saya kunjungi semuanya menceritakan tentang Upin & Ipin. teringat kembali pada seorang ibu yang mengatakan bahawa Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun. Sungguh terharu rasa dihati. Ternyata benarlah semua manusia di muka bumi ini semuanya menginginkan keamanan. Kami juga diberi kesempatan untuk melawat bekas tapak Sukan Sea yang ke-26.
 
 
Benteng Kuto Besak:
 



Suasana sepanjang di Sungai Musi & gambar Jambatan Ampera dari beberapa sudut.:











 
Pulau Kemaro:
 








Restoran Secerhana:



 
 
Bekas tapak Sukan Sea ke-26 :








(hari ketiga)
Disebabkan jumlah pelajar ialah 90orang maka guru-guru membahigikan kami kepada tiga kumpulan, dan saya merupakan ahli kumpulan 1. 
Kumpulan 1 dihantar ke SMP Negeri 1, Palembang. Di Mana pertukaran budaya dilakukan antara pelajar dari Malaysia dan pelajar Palembang.
 
Sekolah ini merupakan salah satu sekolah yang bertaraf antarabangsa. Murid - muridnya berumur antara7-14 Tahun dan mempunyai 17 kelas dwibahasa dan 2 kelas biasa.
 
 








 
(Hari Keempat - Terakhir)
selepas bersarapan, kami dibawa untuk membeli belah untuk kali yang terakhir di palembang square dan Ramayana shopping complex. kami harus bergerak awal kerana jadual penerbangan kami adalah pada pukul 2 petang tetapi disebabkan kapal terbang delay maka kami bertolak balik ke Malaysia pada pukul 4.30 petang dan tiba di malaysia pada pukul 6 petang.
 




Antara sajian hidangan kami sepanjang di Palembang:








Antara serpihan pengalaman yang mengajar erti persahabatan:










Program ini sangat bernilai bagi saya kerana mengajar saya erti kerjasama sebagai sepasukan walaupun dalam masa persediaan yang amat singkat. Insya-Allah jika berkesempatan saya ingin menyertai lagi program seperti ini, amin.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan terima kasih yang teramat sangat kerana memilih saya menjadi salah seorang pelajar dari Malaysia yang menyertai program pertukaran budaya ini kerana telah memberi pengalaman yang amat bernilai ini.
 
Sekian,
Mas Farazilah Abdullah, SMK SANZAC, Sabah.