Izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Saya Mas Farazilah Binti Abdullah. Mewakili Kadet polis untuk program pertukaran budaya yang berlangsung pada 24-30 November 2011.
this post is all about PROGRAM PERTUKARAN BUDAYA. Enjoy it.
Pada 24-30 November 2011, seramai 90 orang pelajar serta beberapa orang guru pengiring dari seluruh negeri telah dihantar bagi program pertukaran budaya di Palembang, Indonesia.
Program ini bertujuan untuk berkongsi budaya dan cara belajar di antara pelajar Malaysia dan pelajar Indonesia. Program ini berlangsung selama empat hari iaitu 26 hingga 29 November 2011.
Sebelum berangkat ke Palembang. Kami telah di tempatkan di Asrma 1 Malaysia selama 3 hari bagi persediaan persembahan seni budaya dan team building.
![]() |
![]() |
![]() |
Hari terakhir kami berada di Asrma 1 Malaysia sebelum bertolak ke palembang.
semasa di Indonesia,
(Hari Pertama)
Penerbangan ke Palembang, Indonesia mengambil masa selama 1 jam 45 minit, kami tiba di lapangan terbang Sultan Badaruddin II pada jam 7.45 malam (8.45 malam waktu Malaysia)
setalah selesai pemeriksaan kastam, kami dibawa ke restoran atau "rumah makan" untuk menikmati makan malam. Kemudahan pengangkutan kami selama di Palembang memang telah disediakan olah pihak tertentu.
Selesai menikmati jamuan, kami dibawa ke Hotel Grand Duta. Kami menginap di hotel tersebut sepanjang program berlangsung iaitu selama 4 hari.
![]() |
(Hari Kedua)
selepas selesai bersarapan pagi, kami dibawa singgah di Benteng Kuto Besak oleh Mbak Gusti. Mbak Gusti juga telah membawa kami menaiki bot untuk melawati kawasan Sungai Musi, iaitu sungai yang terpanjang di Palembang berbekalkan panjang kira kira 750km. Selepas itu, kami dibawa pula ke Pulau Kemaro. Pulau Kemaro ini mempunyai ialah sebuah epik dan mempunyai kisahnya yang tersendiri. Epik atau lagenda ini telah menyebabkan tempat ini menjadi terkenal dan dilawati oleh semua pelancong yang datang ke Palembang.
Sesudah itu, para rombongan dibawa pula ke Restoran Sederhana untuk makan tengahari. Memang tidak dapat dinafikan lagi, makanan makanan yang dihidangkan disitu sedap sedap belaka. Tidak rugi rasanya apabila mencuba sesuatu yang lain daripada lain.
Selepas itu, kami dibawa pula untuk menunaikan solat Zohor. disitu, terdapat sebuah kedai songket/batik yang besar sekali. Pelbagai jenis dan corak kain batik/songket dijual disitu. Kain songket juga terdapat dalam bentuk cenderahati seperti keychain, kotak songket, beg tangan dan sebagainya. Justeru, tempat ini sangat sesuai untuk membeli hadiah kenang-kenangan kepada ahli keluarga terutamanya ibu, emak saudara dan nenek.
Selepas itu, kami dibawa membeli belah di Pasar Hilir 16 dan Palembang Square. Kami diingatkan agar berhati-hati ketika membeli belah kerana dibimbangi penyeluk saku. Tetapi alhamdulillah, sepanjang keberadaan kami di situ semuanya selamat. Penduduk di Palembang tidaklah seperti apa yang disangkakan, mereka teramatlah ramah dan prihatin, semuanya baik-baik belaka boleh dikatakan setiap kedai yang saya kunjungi semuanya menceritakan tentang Upin & Ipin. teringat kembali pada seorang ibu yang mengatakan bahawa Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun. Sungguh terharu rasa dihati. Ternyata benarlah semua manusia di muka bumi ini semuanya menginginkan keamanan. Kami juga diberi kesempatan untuk melawat bekas tapak Sukan Sea yang ke-26.
Benteng Kuto Besak:
Suasana sepanjang di Sungai Musi & gambar Jambatan Ampera dari beberapa sudut.:
Pulau Kemaro:
Restoran Secerhana:
(hari ketiga)
Disebabkan jumlah pelajar ialah 90orang maka guru-guru membahigikan kami kepada tiga kumpulan, dan saya merupakan ahli kumpulan 1.
Kumpulan 1 dihantar ke SMP Negeri 1, Palembang. Di Mana pertukaran budaya dilakukan antara pelajar dari Malaysia dan pelajar Palembang.
Sekolah ini merupakan salah satu sekolah yang bertaraf antarabangsa. Murid - muridnya berumur antara7-14 Tahun dan mempunyai 17 kelas dwibahasa dan 2 kelas biasa.
(Hari Keempat - Terakhir)
selepas bersarapan, kami dibawa untuk membeli belah untuk kali yang terakhir di palembang square dan Ramayana shopping complex. kami harus bergerak awal kerana jadual penerbangan kami adalah pada pukul 2 petang tetapi disebabkan kapal terbang delay maka kami bertolak balik ke Malaysia pada pukul 4.30 petang dan tiba di malaysia pada pukul 6 petang.
Antara sajian hidangan kami sepanjang di Palembang:
Antara serpihan pengalaman yang mengajar erti persahabatan:
Program ini sangat bernilai bagi saya kerana mengajar saya erti kerjasama sebagai sepasukan walaupun dalam masa persediaan yang amat singkat. Insya-Allah jika berkesempatan saya ingin menyertai lagi program seperti ini, amin.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan terima kasih yang teramat sangat kerana memilih saya menjadi salah seorang pelajar dari Malaysia yang menyertai program pertukaran budaya ini kerana telah memberi pengalaman yang amat bernilai ini.
Sekian,
Mas Farazilah Abdullah, SMK SANZAC, Sabah.
Mas Farazilah Abdullah, SMK SANZAC, Sabah.


























































































No comments:
Post a Comment